I woke up at 5.50am. After subuh, siap siap semua dalam pukul 6.40am. Then gerak. As usual, highway Pasir Gudang sesak as hell. Jadi dalam pukul 7.20 mcm tu aku sampai MMHE. Disebabkan 1st day, biasalah. Semua benda jadi bodoh. Oleh kerana taktahu katmana office, dan ktmana jalan dia, aku dan geng menunggu orang yang kerja satu company dengan aku untk baqak kitorang sekat office. Dalam 20minit mcm tu akak kerani tu suruh masuk dulu then tunggu dkt office mmhe. Dalam 5minit menunggu sampai seorang imigran bernama Hamzah. Oh ni lah hamzah. Lalu kami meneruskan perjalanan. Hamzah meminta persetujuan untuk berhenti kejap nak beli makan dekat canteen katanya. Kami pun bersetuju. Selepas tu, kitorang pun berjalan. Oh ya, MMHE sediakan bas untuk pekerja dia. Aku mcm bagus ada inisiatif untuk pekerja dia en. Tapi dek kerana ramai sangat yang tunggu bas, kami mengambil keputusan utk berjalan kaki. Aku mati mati ingat jauh so aku mengeluh. Nak kata jauh tu takdelah. But boleh tahan lah. 2km macam tu dari pintu masuk MMHE tuu. Lepas dah sampai aku dapat safety helmet semua aku kena ikut dua jejaka imigran, nama aku tak ingat pergi site. Jauh jugak. Setengah perjalanan dari pintu masuk MMHE. Jalan punya jalan, rupanya kena blast tangki kapal. Aku takpernah buat tapi pernah tgk orang buat. Kot lah. First aku kena licinkan permukaan dia. Sebab nak blasting kena buat layer dulu. Then baru spray cat. Mula mula pakai kertas pasir. Jenuh tak jenuh sampai tangan geng melecet. Hahaha lepas tu baru datang si mesin grinder tapi mata dia dah diubahsuai macam kertas pasir. Pulun punya pulun, datang incharge aku, Awe orang panggil dengan member dia (taktahu nama dia tapi aku dgn geng panggil mamat selit kuat main henset). Lepas tu datang project supervisor, check semua. Sekali cat tak cukup tebal, mengamuk Awe tu. berderah jugak darah aku dengar Awe tu maki Nepal tu. lepas tu aku pun lepak. Tetiba aku kena cat. Ah macam mana? Aku pun tembak jelah cat macam cat rumah. Nasib baik betul. Lepas tu, lepas siap rehat. Aku pergi makan. Air! Benda pertama aku carik. Lepas tu, dah sampai je canteen tu yaAllah ramainya orang. Nasib baik geng aku dah port baik depan kedai. Okay lah. Makan dia not bad. Surau pun dekat. Siap semua, aku gerak site balik. Takde kerja apa pun, mengular jelah. Dalam pukul 3 aku dah buat housekeeping. Takboleh balik awal sebab company aku balik paling awal pukul 5. So mcm okay lah tahan jap. 2jam habis rokok sekotak. Dah nak dekat pukul lima, aku terus gerak office punch card. Then terus gerak. Satu hal lagi. Nak carik motor! Kemain motor macam laut motor. Susah betul nak jumpa. Nasib baik ada 5org jadi ada 5pasang maa so senang jelah jumpa. Hehehe habis cerita aku kali ni. Sekian. Assalamualaikum